Walaueh!
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Peraturan Forum

Go down

Peraturan Forum Empty Peraturan Forum

Post by Mr. SpeckO Thu Sep 03, 2009 10:30 pm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Untuk pengetahuan semua, Komuniti Walaueh! ini dibuka kepada umum dan semua pihak berhak menggunakannya. Namun begitu, untuk memastikan agar ahli-ahlinya dapat berinteraksi di antara satu sama lain dalam keadaan yang harmoni, satu peraturan telah pun ditetapkan dan diharap semua ahli dapat memahami konsep dan tatasusila ketika berada di komuniti ini.

Perkara-Perkara Yang Dilarang :
1. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain
2. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
3. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan forum
4. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
5. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
6. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain
7. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
8. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
9. Membuka topik berbentuk iklan, topic yang tidak berkembang, lucah dan forwarding email.
10. Membalas posting dengan quote yang panjang.

Sila Pastikan :
1. Kiriman anda bermaksud jelas dan mudah difahami
2. Isi kiriman anda berkualiti dan tidak hanya dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
3. Anda menggunakan Fungsi Carian sebelum membuka sesebuah topik
4. Anda menggunakan Fungsi Ubah Mesej jika terdapat kesalahan semasa membuat kiriman

Note: Pihak Pengendali tidak akan teragak-agak untuk mengubah atau membuang topik kiriman anda jika ia didapati menyalahi peraturan yang telah ditetapkan.

Forumer adalah dilarang:
1. Menimbulkan/mengeruhkan suasana tegang
2. Mengaibkan users lain
3. Mencabar kredibiliti crews yakni mempersoalkan tindakan, mencaci, menghina, mengaibkan, menyerang peribadi dan lain-lain.
4. Melanggar etika berforum.

Pihak pengurusan tidak akan teragak-agak untuk menyenarai-hitamkan (banned) forumnis yang melanggar peraturan yang telah ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau komen adalah amat dihargai dan boleh diajukan terus ke Forum Walaueh! Help and Information Center.

Segala kerjasama anda semua adalah amat dihargai.

Sekian,
Admin
Mr. SpeckO
Mr. SpeckO
Encek Kacamata
Encek Kacamata

Posts : 594
Join date : 2009-09-03
Age : 38
Location : Penang

https://walaueh.rpg-board.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum